Wednesday, September 12, 2012

khasiat pati delima


Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.
Antara Khasiat Buah Delima ialah:
  • Melawan penyakit gout
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • Merawat ‘sinus’
  • Meningkatkan tenaga
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • Menormalkan fungsi hati
  • Menstabilkan peredaran darah
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • Mencuci darah kotor
  • Antioksida yang tinggi
  • Menstabilkan paras kolesterol
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah penyakit barah
  • Merangsang tenaga batin
Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

Wednesday, August 29, 2012

Nama Keluarga Rasulullah

Isteri-isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam :
 
1. Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zum'ah
3. Aisyah binti Abu Bakar
4. Hafsah binti Omar Al-Khattab
5. Zainab bin Jahsyin
6. Zainab binti Khuzaimah
7. Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) 
8. Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian)
9. Juwairiyah binti Al-Harith
10. Maimunah binti Al-Harith
11. Safiah binti Hoiyi bin Ahtab
12. Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq. Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan Khadijah :
1. Al-Qasim
2. Abdullah
3. Zainab
4. Ruqaiyah
5. Ummu Kalthum
6. Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
1. Ibrahim



Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah oleh Hj Ahmad bin Haji Awang

Wednesday, July 18, 2012

gila2 selepas kawen..

assalamualaikum..
hye kawan2..tinggal x berape hari je lagi kite akn berpuasa..excited la pulak kn..
yela..this is my first time berpuasa as wife to my dearest darling..dalam kerinduan waiting for en. suami yg belum pulang ke kampung lg ni..ok,,sempat jugaklah aku menjenguk blog yg dah berkepuk ni..sori blog cyg..

berbalik pd tajuk entry kali ni..alright,siapa kata selepas kawen x leh enjoy dgn kawan2..sila angkat kaki skarg!!!heheh..xyah la..buruk bebenor..

bagi aku..alhamdulillah Allah kurniakn aku anugerah suami yg understanding mcm abg..x  mengongkong..as long as kemana aku pergi kne bagi tau abg,,tu normal la kan,,before kawen dulu kn da biase bg tau mak mane pegi..ingat aku mase selepas tunang dulu..mak suruh aku blaja2 bg tau abg kemane aku pergi..so nnt da kawen x de la kekok kn..hehe..

so,that's it..tu cerita lama..after kawen..enjoy yg paling best skali ofkos la dgn en.suami..ye la..bak kate emak dulu..lepas kawen,ko x nak balik,nk balik lambat atau ko nk gi langit hijau pon boleh.. (ade ke langit hijau??) hahaha..mak2...ade skali tu pukol 3 pagi pon leh kua dgn abg lepak mamak..gila kn,,kerana bola..sblom ni x penah pon minat bola..sejak2 dh kawen ni sme2 minat..heaven tau kalau kite blaja suke ape yg hubby kite suke..try la..

other than that,aku ngn hubby suke jgk gi watching movie n lepaking kt taman...let me show u some pictures...
gamba ni taken mase kitorg lepaking kt bukit layang-layang pasir gudang..


lepas tu selaen dating dgn en. hubby...kami juga x lupe kt sahabat2 kami..abg still enjoy with his friends..me too... baru2 ni sementara nk tunggu lg 2 paper final exam..sempat aku keluar dgn roomate2 tersyg..berkayaking...seyes enjoy gle..hlg stress study jp..hehe..

ni aku n roomate2 ku tersyg..1A-04-14 

ni plak besfriend aku sorg ni yg suke aktiviti mencbr..
ex-roomate konon2.. 

aku dgn ana. 

roomate2ku.. 

murah je kayaking kt shah alam..taman tasik shah alam...rm5 je sorg..sejam jugak la..sampai penat2 n curi2 tulang..heheh...tp sgt enjoy...syg korg!!hope so kt ttp jd kwn even x sme bilik dh lps ni...azie nk merempit gi pasar mlm ajak2 la..hehe..fathiah..hidup melor!!,,

 selaen dr ni..ade gk keluar gi mkn2 kt sec 7 and membeli belah kt giant...biasenye aku gi ngn kwn aku sorg ni..echa...jap aku upload pic..

yg tengah2 tu la echa..tepi skali sebelah kanan mira rahman..
gamba ni taken mase shoot video arab..tq mek mira shoot kn..

ade lg sebenarnye gamba kitorg keluar sesame...tp suddently lappy aku kn hlg ritu..so,all gone..leh refer kat  blog echa  tntng entry time kitorg gi jusco bukit raja...ni link nye

dlm tu ade membe kami org lg sorg namanye amira nadia... 

ok la kwn2..tu je ntok entry kali ni,,,kalau korg kate kwen x enjoy..korg silap..kehidupan seperti biase je..kwn2 pon seperti biase... yg paling aku rindu ex classmate aku when i was in secondary school...5 AR (spm2006) aku rindu nk hang out dgn korg..kwn2 mase kolej...kwn2 dimana2 sje...










4 penyakit utama akibat gemuk...scary x??


Apakah EMPAT penyakit utama tersebut? Ia adalah:
1. Sakit Jantung
2. Osteoarthritis
3. Diabetes (kencing manis)
4. Darah tinggi
Memang kadang kala penyakit diatas disebabkan oleh keturunan TAPI tak salah kalau kita cuba untuk mengelakkannya bukan? Sekurang kurangnya kita mencuba, yang menentukan adalah Allah S.W.T
Tahukah anda?
60% penduduk Malaysia berisiko untuk mendapat penyakit tersebut sebab masalah OBESITI/Berat Badan Berlebihan
(Fakta dari Kementerian Kesihatan Malaysia)
Memang banyak produk pelangsingan badan diluar sana. Banyak sekali! Ada yang murah dan ada yang mahal yang boleh anda gunakan TAPI kalau minda tak diubah maka tak jadi apa-apa. Lepas stop ambil produk (sebab tak mampu nak tampung kos beli pil/ubat), berat badan bertambah-tambah lebih banyak dari yang asal.
Lagi?
Ditambah lagi dengan KOMUNITI ‘orang yang nak kuruskan badan’ yang sempoi!! Sekarang dah seramai 3,000 lebih orang, yang akan mengekalkan semangat dan persaingan nak kurus..
Tak kaya pun TAPI buat begitu untuk membantu mereka yang nak kuruskan badan.pernah Gemuk dan berjaya kuruskan badan dengan teknik palinnnnngg sihat
Uruskan kesihatan dengan cara yang paling SIHAT ^_^
mcm sy,sy amiq herbalife...percaya atau x amna da lost total 7kg...
 boleh refer kat link ni  _lost 7kg_ 

semua problems gone..hidup lbih sihat n bertenaga...

nak tau lebih lanjut boleh 
sms sy di 013-6385069
email sy nurul_202@yahoo.com
tweet sy @Zaujah_Rizuan 
  

Sunday, June 10, 2012

menjadi isteri



Menjadi Isteri..
“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan.

Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali.

Itulah suamimu.”
Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu  (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.
Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.


Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu.

Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.
Peliharalah suamimu itu dengan baik.

Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.

Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu.

Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus.


Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.
Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati
suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami.


Itulah wanita idaman setiap lelaki.

Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga.

Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya.

Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.

Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga.

Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata.

Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.

Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna.

Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh
matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”



“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka.
Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang
diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”


Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan?
Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya.

Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya.
Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.

Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

” Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”


Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh.
Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat).
Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?.
Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya.

Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.

Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah.


Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t.
Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu.Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah.


Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah.
Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu.

Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak
membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.

Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan

Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah
mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
“Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada
suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”



Siapa yang tidak mengimpikan dapat berkahwin dengan insan yang dikasihi dan disayangi dan ingin sehidup semati dengannya.
Tetapi berkahwin bukanlah semudah yang disangkakan kerana banyak persiapan yang harus kita uruskan sebagai persediaan melangkah ke alam rumahtangga.


Untuk mengetahui cara bagi Mempermudahkan Majlis Perkahwinan Anda, Dari A - Z,

SILA KLIK DI SINI---> http://goo.gl/XCbd4

Saturday, June 2, 2012

~puding laici~




bahan2:
-1/2 tin susu cair
-1/2 agar2
-1 tin laici
-gula(secukup rasa)

cara nk buat:
-cairkn agar2 dlm periuk...(kalau nk lembik sket,letak air byk)
-da mendidih n agr2 da x nmpak..masukn susu n gula..
-da kacau sebati..then leh masukn dlm bekas..(aku gne tuperware je)
-sejuk kn..then leh msuk peti sejuk....
-sedia dihidang setelah sejuk...letak laici ats dia....

Wednesday, May 16, 2012

...sila amin kn sama2.....


assalamualaikum..
hye dear readers...
org xkn tau probs until we share...
mengadu lah hanye pd ALLAH...
mintalah..merayulah padanya...



tq Allah ats segala nikmat yg kau beri pd ku slame ini...
permudahkan perjalanan hidupku dgn suamiku...
hanye pd mu kami berserah...
aminnn...




Thursday, May 10, 2012

kalau dulu

kalau dulu bila mak masak ASAM PEDAS cair..
aku ckp nk pekat sket...
mak ckp,ayh kau suke yg cair..sng nk hirup...
ayah kn suke hirup lauk...

aku cpt nk merajuk..
then ckp..
mak asyk msk ikt selera ayh je...
jeles ngn ayh..
da la aku ni dok jaoh,balik sesekali...
mak xnk pon buat asam pedas pekat...
sedihhh...

fikiran x matang lg masa tu...

lepas da kawen ni,i do realize that...
mmg ptt pon mak buat mcm tu...
1st priority kn utk husband..
sbb skrg nible nk msk ntok hubby,
aku smpai x fikir pon nk mkn ape..juz ikut selera hubby je...
nk2 hubby aku ni plak 
setiap hr punye lauk dia dh order awl2 dh nk mkn ape..
dia punye idam2 tu smpai aku x yah pikir la...
hehe..
same mcm ayh aku...
mak juz ikut je...
agaknye mmg mcm tu kot ble da kwen...

Monday, May 7, 2012

aku rindukan kami seperti dulu

blog ku syg...terima kasih sbb sudi dengar luahan hati aku...
sedih ni...
bila teringat rase nk nanges je...
abg always pesan soh aku bersabar..
mungkin Allah tgh uji aku...

dulu bila aku sedih,aku bengang..
dia slalu ade ntok tngkn aku..
penah skali aku sedih sgt,aku tepon dia...
dia yg dga mslh aku n tenangkn aku...

kalu cuti,x sbr2 nk balik kg sbb nk jmpe dia
kumpol mcm2 stories nk cte kt dia...
best nye moment tu..
bila dh jmpe,seakan x ingt dunia...
pot pet pot pet cerita x sudah2..
happy nye aku masa tu...
having her in my life...
da tu cri alasan nk merayap kt melaka...
merayap je keje..
slagi belum ptg,x nk balik...
waktu tu x pnh rase pnt jalan sbb dia ade...

waktu aku n abg decide nk kwen...
ramai jgk yg menentang..
tapi dia still on my side...
i love her very much...

dulu sekolah asrama pon nk sme2 smka,
diploma pon nk sme2 from uitm..
until now,dgree pon sme...
same uitm lak tu...

skrg ade mslh,kne pendam sendiri...
xde spe nk dga dh...aku doa Allah kembalikn dia pd aku semula seperti dulu...
miss that moment we had together damn much...
adakah sbb aku dh kwen dia dh xnk rapat dgn aku????
sedihnye..
bila teringat kt dia...
rndu sgt...
semoga Allah merahmati dia..
aku nk dia tau yg dia sgt penting dlm hdp aku...
doakan kami seperti dulu...

Saturday, May 5, 2012

..5 month already..

sedar x sedar..dah 5 bulan usia pernikahan aku n abg...
da pelbagai cubaan n dugaan dah kami tempuh bersama..
mematangkan lagi hubungan kami,,,

25/4/2012
ketika kami menghitung hari ke usia perkahwinan kami ke bulan ke 5...
kami diduga dgn kehilangan laptop kesayanganku...
external,chager kamera,chger hp..
all gone..
aku menangis seharian smpai x lalu makan..
sedih weh...
tu je la harta yg aku ade pon buat mase ni...
mau nye x sedih..
di saat aku sedih,,abg try to make me happy..
eventhough sometime x bpe nk jadi....
but,aku hargai sgt usaha abg...
abg bwk aku jalan2,,,
abg belikn lptop baru..
alhamdulillah...Allah ambil yg itu..dan digantikn semula yg baru...
melalui suamiku...
tq Allah..
aku sgt bersyukur...
abg ajr aku tentg erti redha...
that its,as simple as we can say.....cume nk lakukan mmg susah...
but i've try demi abg...
tq syg!!!
skarg alhamdulillah aku da redha...
kesimpulannye..
bergantung haraplah pada ALLAH yg maha esa...
insyaallah he will help u in whatever situation....
byk hikmah tersirat...
aku juga belajar sesuatu dr kehilangan ini...



Sunday, April 1, 2012

oRg kAtE......kate ape??jom bace..

assalamualaikum kwn2 semua..

org kate..
cer pk jap
--------------------------
--------------------------------
--------------
--------------------------------
--------------------------
----------------------------------------
da dpt jwpn lom???
ok la..meh aku cte..

org kate bila kwen nnt kita akn dpt suami perangai mcm ayh kita

dulu2 b4 kwen aku x cye la kn..
buat ape nk cye,setiap org kn Allah cipta berlainan..
hehe..
tp setelah lebih kurang 4 bulan
(eh,x sangke ea da nk dkt 4 bln...3/4/2012 ni genaplah 4 bulan)
mendirikan mahligai cinta dgn cinta hati sy tu
ape yg aku nmpak,
perangainye x lebih x kurang mcm ayah...
bukan la nk menyamakan...
ade la yg laen..tp ade jgk persamaan..
hehe..
korg faham ke ayt aku ni..
(sape x faham buat2 la faham eh)

contoh persamaan..

mereka ni suke mkn maggie..
tp cara ayh,ayh suke mkn magie kari yg berkuah...
(aku mmg suke gle maggie yg ayh buat,xtau la npe..sdp sgt rasenye,padahal tmbh telur je pon...mungkin sbb ayh buat dgn penuh kasih syg)

cara suami aku pulak,suke buat maggie grg ala2 mamak
(aku suke gk maggie grg abg buat sbb ade aym,telur,,,,bez nye,,asalnye 1 hr ni aku teringin nk mkn maggie grg mamak,abg plak bru balik keje,x lrt nk keluar katanye,,tetibe dia gi dpur n buat something...bau mcm maggie,tp aku mls r tgk...da siap dia bwk kt sblh aku yg tgh on9 ni..excited gila aku dpt mkn maggie grg mamak..rasanye persis kt kdai mamak,tp lebih sdp suami aku buat...:)


mereka sgt rajen dan berdikari
mereka pandai masak
(suami sy pndai msk gulai....ayh pulak ble kami(aku,mak/kakak) msk mmg tugas ayh sediakn kelapa parut,tlg bakar ikan n mcm2 lg),

kemas rumah,sapu sampah,
(ayh suke tlg mak sapu sampah kt dpn uma...
sweet la diorg,keje pape nk berdua je..)

basuh baju,sidai baju,
(satu habit ayh sy ialah dia sgt suke pusingkn mesin basuh...
padahal dh selesai dh bju tu..mule2 sy bising2 jgk,
at last x jd bising,ayh gelak2 je..sy pon tergelak skali...rindu ayh!!..
suami sy plak,kalau baju byk dlm mesin,dia sndri yg akn basuh..sy x terckp pape dh..time tu tgh msk..hehe)

basuh pinggan,kemas dapur,
pakar dalam membeli barang dapur..
bez x??
alhamdulillah bertuah sy..
(kalau kt uma mak,lepas mak msk,da pnt mak terbaring la..
ayh balik je dr pekan,he will settle periuk n whatever yg dlm sink x bercuci lg..mak always ckp,bukan mak yg suruh..ayh yg volunteer nk settle kn..suami sy pon mcm tu jgk,usually kalau weekend lps je msk abg nk mkn,so,x sempat kms dapur..sink pon pnuh gk..abg slalu nye hbz  mkn awl,dia yg cuci semua dlm sink,tau2 dah settle..tq syg,terharu!!)

mereka suke makan ulam2
bagi la ape pon jenis ulam,mereka mmg pakar mkn..
ulam kn bgus ntok kesihatan..

mereka imam yg baik pd sy
alhamdulillah bertuah sy..

rasenye byk lg persamaan..tp ckop kt cni la sy share..
ade byk keje skola..hehe
ok,bye korg.....










rindu sgt!!

"kalaulah JB tu dekat...kn bez
kalaulah wujud pintu suka hati doraemon tu kn bez"

ayat ni tibe2 je tertaip kat wall FB aku sbb da rndu sgt kt cik abg...
haha..tp kn,bez jgk kn kalau betol2,
tp kwn aku ckp tu dlm mimpi leh r dpt..
sedihnye la kn..


erm..xpe la..nk buat cmne..
Allah kn ade..
teringat pesan mak..
semalam tpon mak..
mak x angkat...
aku da start risau,,tanye abg n akk aku
diorg pon xdpt tpon mak..
waaaaa...rase nk nanges..
da la tgh rndu abg,
x dpt ckp ngn mak ayh plak..
sedihkn
akk kata mungkin tpon uma mak rosak..


nk kurangkn rindu yg membara ni..
jom tgk pic aku..
ni aku ngn hubby aku mse gi tgk kapal selam..



yang kt ats ni pic mak n ayh aku...
rindu sgt kt diorg..
semoga Allah lindungi mereka...


Saturday, March 10, 2012

_lost 7kg_

assalamualaikum..
hye korg..
aku tengah excited gile2 ni
sbbbb
td timbang 
terkejut tgk 
berat aku skarg da 57kg...


nampak x perbezaan antara 2 gamba ni??


..aturan Allah itu sgt cantik dan sempurna...

assalamualaikum...
hye babe!!
aku kt kolej mawar je weekend ni..
alhamdulillah semalam ana,acha n mira nadia da dpt kolej...
syukran ya Allah..kau telah perkenankn doaku!!
  
  always remember: cukuplah Allah bagiku..(hasbi Allah)


after kwen ni mcm2 bende baru yg aku belajar..
 yes that it "aturan Allah itu sgt cantik dan sempurna''

firstly:
mase kami balik kg abg kat Kedah..sepupu abg kawen...
tp dlm mse yg sme adk beliau sakit di hospital..
at the end,Allah lebih sygkan adk nye..innalillah..


ape yg aku dpt lihat mse ni..

  • Allah tu ambil org yg kita syg dan gantikn yg baru..
  • Allah ambil adk kpd sepupu abg yg kawen ni dan gantikn beliau dgn suami tercinta disisi...
  • Allah ambil ank makngah n gantikan menantu..
  • Allah ambil cucu tok...tapi Allah maha pemurah lg sbb gantikn tok dgn cucu baru...
mereka adalah org dipilih untuk menghadapi ujian kehilangan seperti ini..teringat aku wktu jenazah sampai dirumah pg tu..semua org turut sedih sbb arwah ank yg baik..alhamdulillah..pakngah menangis berpelokan dgn tok..
tok x dpt thn sedih n trus jth n hampir sesak nafas in front of me..yg ada disisi tok ialah pakngah,makteh,paksu,aku n abg...mereka mungkin da biase dgn situasi terkejut tok..tp ntok aku..this is my 1st time as salah seorg menantu baru jgk la dlm keluarga abg..

tak tau nk buat ape masa tu....dugaan yg pengantin (kak sepupu abg) alami ini amat berat bg ku..disaat hari bahagia bersama suami tercinta,adk tersyg di pgl Allah..tp mereka org yg kuat..yg dipilih Allah..semoga mereka tabah..amin..

Allah show me all this buat aku menangis insaf dan bersyukur..
Allah ambil 1 nikmat,dia pasti gantikn dgn yg lain..that one yg aku blaja on that moment..as long as kita still percaya dan yakin pd Nya...aturan Allah itu cukup sempurna..am i right??

ok..stop cite tntg tu...














new picture!! (9/3/2012)


my new picture...


masuk2 je sem baru..
ramai yang menegur nampak kurus...
ye ke??
huhu...aku yg punye badan mane la nampak kn...
so,aku decide amq gamba...
and..
this is my new pic!!
excited...
shapping byk2 even x turun berat bdn byk..
tu yg bez nye nutrition herbalife ni...


Monday, March 5, 2012

berlalu sudah cuti semester pertama!!

assalamualaikum semua...
ntok pelajar ijazah
masing2 da start kuliah semula...
today is my 1st claz ntok sem baru ni..
tp tngu punye tngu lec plak x msuk2..
cian kami..
huhu..

alhamdulillah dpt kolej..
risau sgt..
nnt menyewe kt luar mesti byk budget kn..
hurm..
cian kt member2 yg x dpt kolej..
semoga Allah permudahkn member2 aku nie..
aminn..

entry aku kali nie
berlalu sudah cuti sem..
cuti sem yg mengajar erti hidup yg baru..
sbb
sepanjang cuti sem aku da jd surirumah tgga yg berjaya
ntok suamiku tercinta..
alhamdulillah..
Allah permudahkan..
semlm 4/3/2012 abg anta aku ntok dftr kolej n tolong angkat barang..
kami bertolak dr Melaka pkol 9 lbh..
singgah PD n merayap kt KLIA bagai..
sampai kolej pkol 1 lbh..
kaunter pendaftaran da tutup sbb lunch hour..
tnggu la bkk semula pkol 2 ptg...

after daftar..naik ats ntok tgk bilik sekali angkat brg..
cian abg angkat beg besar..
da la berat..naik tgga plak tu..huhu..
lepas angkat separuh..
hubby ajak dating dulu b4 dia balik..
so,we end up gi solat zhr dulu kt masjid shah alam..
seyes cntik masjid tu..
subhanallah..
korg ptut pegi tau..

dlm kol 5 lbh 
abg balik..
sdihnye..xtau nk ckp cmne..
cian kt abg kne dok sorg2 kt uma kami..
kne msk sndri..
bsuh bju sndri..
erm..
moge Allah lindungi suami sy..

"ya Allah,aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati,
yang dikasihi,yang solehah dan yang sentiasa dihati suamiku"

aminn..

aku da mule rndu abg..
baru sehari kn..
erm..rase nk nages..
nk mkn pon x bpe lalu..
sebaek ade shake Herbalife..
pg tadi sarapan dgn shake n mkn mlm pon gntikn dgn shake jgk..
bez..jom la amq nutrition nie..
x sia2 aku amalkn..
sbb,pg td kwn aku ckp aku nmpk lg kurus..huhu..

sape nk kurus??
nk tmbah berat bdn??
nk earn extra income??
nk menjalani hidup lbih sihat dgn herbalife..
contact sy..
0136385069
email pon boleh
nurul_202@yahoo.com











Friday, February 24, 2012

..Diet mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW..



Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:


1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.


Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.


2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.


Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.


3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.


Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.


4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.


Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.


5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.


Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..


6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.


Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.


Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar


sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.


Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.


10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).


Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.


11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.


Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air


dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.


Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).


14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.


15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).


17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.


18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.


20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur


kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.


21. Berpuasa


 selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.


22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.

LinkWithin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://lbdm.lilypie.com/3Ky2p8.png?xFkym095

nurul cinta wan

Daisypath Anniversary tickers

calender